Ismail

Name lain: Ishmael

Nabi Ismail adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam.

Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.

Lut

Nama lain: Lot

Nabi Lut adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sodom, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sodom sehingga musnah negeri tersebut.

Ilyas

Nama lain: Elijah

Nabi Ilyas merupakan keturunan Nabi Harun yang diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama “Ba’al” dibuat dari emas.

Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat.

Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

Ibrahim

Nama lain: Abraham

Nabi Ibrahim juga berasal dari keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babylon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi.

Kaum Namrud bukan sahaja menyembah berhala, bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan.

Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar.

Saleh

Nama lain: Shelah

Nabi Saleh berasal dari keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palestin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah.

Namun, sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Saleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.

Hud

Nama lain: Eber

Nabi Hud adalah berasal dari keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.

Nuh

Nama lain: Noah

Merupakan keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.

Idris

Nama lain: Enoch

Nabi Idris Merupakan keturunan Nabi Sits as. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah s.w.t

Adam

Nama: Adam

Nabi Adam dikatakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah Allah s.w.t. Baginda dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi Nabi yang pertama.

Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan ada pula yang membangkang.

Syuaib

Nama lain: Jethro

Nabi Syuaib adalah dari keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeri Madyan, Palestin Selatan untuk mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya.

Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa bumi dan kepingan awan panas daripada langit.