Kredit: Abu Umair
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian.
Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/
{ 698 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
apakah maksd nama arissa
bagaimana dieja dlm bhs arab
Salam.saya nak tahu maksud nama Nur Alya Qaireen Damia. Terima kasih.
akum..sy nk tnye mksd Muhammad Adam Iman & Nur Amanda Iman..
ustaz tlong jwb scepat mgkin ustaz krana x brpa hri lg sya akan bslin..mhon bantuan ustaz…
Ingin tahu maksud nama Airiel Zafril. Puas mencari-cari makna tapi tak jumpa di mana-mana.
ass…ustadz minta bantunnya untuk dibuatkan nama bayi perempuan yang lahir tanggal 27 Novemver 2011…
salam , maksud nama damien dhani.
terima kasih.
assalamualaikum Ustad,,
bln desember ini istri sy akn melahirkan,stlh d USG trnyata bayi perempuan.slma mengandung rumah tangga sy diberi musibah trs.
sy mhn petunjuk pak ustad untuk nma calon anak sya.?nama sy KUKUH PRASTOMO ARDI,sy pgn nama anak sy ada nma bpk ny..
matursuwun.
nomer hp sy.087731305008
assalamualaikum ustaz..sy nk taw apa mksd nama saya:mahanum..kalau cari kt mana-mana,mmg xde mksud..hanum pun xde..hanun je ade,tp rasenye mksdnye laen..
Assalamualaikum.. Adakah baik jika saya memberi nama anak yg bakal lahir dengan nama Muhammad Iman Sufyan. Setahu sy Sufyan adalah nama sahabat Nabi. Minta pandangan ustaz…..
Assalamulaikum Wr. Wb
ustadz, insyaallah istri saya akan melahirkan bulan Februari 2012, saya minta tolong kepada ustadz mencarikan beberapa nama – nama yang baik dalam islam untuk bayi laki-laki dan perempuan….
mohon petunjuk ustadz, terima kasih
Wassalammu’alaikum Wr. Wb
ass wr. wb ustaz saya mau nanya apakah nama aulia untuk anak perempuan saya yang lahir tgl 10 nopember 2011 itu pas atau adakah saran nama dari ustaz buat saya…makasih
ass wb wb
ass wr wb, ustad saya nak tanya maksud nama ahmad jefri bukhori
Assalamualaikum ustadz, saya pendatang baru, saya mau minta tolong apakah arti dari nama hafidzah al fatawi , sebelumnya terimakasih
Alhamdulillah anak laki-laki saya lahir pada tanggal 12 Des 2011. Insya Allah anak saya akan menjadi perekat bagi hubungan antara anak kandung saya dengan anak tiri dan ibu tirinya dan dua keluarga yang terlibat di dalam perkawinan.
Mohon saran Bapak nama islam apa yang tepat agar pada saat diucapkan sekaligus mengandung doa.
Wassalam,
Agus Halim
minta tolong cari nama cowok islami, anak pertama insyaallah lahir bulan februari atau bulan robiul akhir?
Assalamualaikum ustaz.
Mintak jasa baik ustaz untuk bagitau makna nama ADRIAN. Saya dan isteri hanya jumpa makna mana ADRIANA iaitu nisbah. Adakah maknanya sama atau ada maknanya lain?
Terima kasih ustaz.
Salam Ustaz,
Apakah maksud bagi nama tersebut – Dania Qistina?
Ada org memberitahu saya Qistina sama maksud = Anak Jin.
Tapi jika dilihat dlm nama2 buku , Qistina bermaksud = Keadilan.
Adakah salah di sisi hukum Islam?
Harap ustaz dpt memberi maklum balas.
Terima kasih.
ini nama SAYA
INI MAKSUD APA?
ISNIN.19 12 2011
TIDAK
USTAZ SAYA MAHU TANYA APA?MAKSUD NUR ERIN BALQIS
Assalamualaikum.
Ustaz, saya ingin bertanya, boleh kah kita memberikan nama2 seperti Saifullah kepada anak kita? Jika perkataan seperti Al-Din dan Al-Islam tidak digalakkan untuk diletakkan sbg nama anak supaya dapat menjaga kesuciannya, bagaimana dengan nama Allah S.W.T? Adakah ianya cuma sesuai diletakkan pada Abdul?
Saya amat berharap ustaz membaca komen ini. Terima kasih dan assalamualaikum
apa maksuk sarah azra
salam ustaz..saya ingin tahu maksud Qaseh Maizurah & Amni Maizurah..trma ksh.
salam ustaz nk tny ape mksd nama nur arissa dayana dan akif fakhairudin
ustaz apa maksud nur izra natasha
salam.
sy ada kemusykilan disini.nama ‘BATRISYIA’ jika dilihat dari buku panduan nama-nama Islam bermaksud cerdik dan pintar. sy ada mendengar nama ‘BATRISYIA’ merupakan nama anak jin. mohon kepastian dan penjelasan. terima kasih
asslamualaikum….
Saya mau nanya anak saya dia sering sakit dan nama anak saya M. Ali QodHI Rizqullah kira-kira mana yang tidak boleh.
saya mau diberi lagi seorang putra kira-kira nama apa yang cocok untuk nama bayi cewek/cowok.
terima kasih atas jawabanya.
zakiyah
assalamualaikum…
Alhamdulillah , sy n suami (wan hasbullah bin wan yusoff) dikurniakan anak yg masih berumur 11 minggu dalam kandungan sekarang, jangka bersalin pada bulan julai 2012. ini adalah anak yg ditunggu selama 3 tahun dan ia berjaya (melalui izin Allah) dari proses persenyawaan bayi tabung uji (atau IVF, in vitro fertilization). bolehkah ustaz berikan kami contoh nama2 yg baik bagi anak laki2 dan anak perempuan. syukran.
ape mksud muhammad mirza dzakwan dan dzakirah nur damia
Ustaz, sy ingin namakan anak perempuan Zafratul awliyah atau zara amani,sy ingin tahu maknanya.boleh ustaz berikan pendapat? Syukran.
assalamualaikum pak ustad,pak ustad sbntar lg adik sya mau mlhirkan prkiraan bln januari atw pebruari,sy mnta bntuanya untuk mmbri nma yg bgus buat clon keponakan sy itu,atas bntuan ny trima kasih
assalamualaikum ustz,sy nak tanye ape mksud nama ainul mardiah??
Salam..ape mksud name zeshaan
Ape mksud name mika ustaz
salam ustaz, sy bakal melahirkan seorg baby boy tak lama lg..boleh tak jika ustaz terangkan maksud nama AQEEF IMAN dan adakah nama tersebut sesuai atau tidak. terima kasih…
ustaz…apakah maksud nama Mohd.Affaf Sudais dan Nur Hurin Wainannisa`.Terima kasih.
Assalamualaikum…
ustaz boleh bagi tahu apa maksud nama nor iliani.
terima kasih waslm wr wb.
asslm..uzt,sy melahir kn seorg puteri ktika berumur 18 dan xtahu tntang care mmberi name pd bayi mse 2, sy memberi nye name Husnieya alyaa skrg sy rse mcm mnyesal bg nme 2 sb ejaan husnieya tiada makna d mana2 buku,yg ade ialah Husniyah boleh uzt trg kan tntang ejaan dan sebutan, adakah makna akan jd lain skiranya ejaan laen tp sebutan same.
Asalammualaikum, boleh sy tahu maksud untuk adrian mikail. Dan elok atau tidak jika anak dinamakan Adam mikail?
Tq
Assalamualaikum Ustaz,
Saya bercadang nak beri nama anak lelaki Muhammad Izazi atau Muhammad Izzazi. Mohon Ustaz maklumkan nama yang mana satu boleh dipakai dan ejaan dalam huruf jawi. Terima kasih Ustaz.
Askum, ape maksudnya nama Faith Qysty?
assalamualaikum…ustaz, apa makna nama
Hanania Ariana & Hana Arissa
Assalamualaikum ustaz, saya suka sgt dengan nama Hamka Dan Attar. Mungkin ustaz pernah dgr nama nie dalam judul filem. Tapi bkn sebab itu. Saya suka nama nie sebab ia memberi ketenangan setup Kali saya teringatkn nama2 yng dikatakan. Saya dapat merasakan nama yang dikatakan ada makna disebaliknya. Dah puas saya mencari Nama2 tu, tapi sampai sekarang saya tak jumpa makna Nama tu. Saya harap ustaz dpt memberi saya makna Nama tersebut. Terima kasih. Assalamualaikum.
Assalamualaikum ustaz,
saya nak tanya maksud nama “Azzahira”
← Previous Comments