Kredit: Abu Umair
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian.
Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/

{ 76 comments… read them below or add one }
apakah maksud nama MUHAMMAD DZIKRULLAH? Adakah salah sekiranya saya menggunakan nama berkenaan? Benarkah nama tersebut menghina ALLAH S.W.T
salam…
apa pandangan ustaz mengenai nama berikut:
1)faris wajdi
2)iqbal alauddin
apa mksud nama berikut dan sesuai x menamakan bayi dengan nama berikut?
salam ustaz.. saya ada kawan yg bernamakan bapa dan ibunya mazni.. mengikut pengalaman sy nama tu bukanlah satu nama yg elok… apa pendapat ustaz sekiranya nama2 yg diletak tu mempunyai makna yg pelbagai, yg xelok dah jgk yg agak2 elok, huhuh..
Salam Ustaz.
Saya bercadang hendak namakan anak lelaki yg baru berusia 1 hari dengan nama berikut:
Wan Muhammad Qayyum
Isu: Ada yang menyatakan kufur si ayah jika nama tersebut iaitu Qayyum tidak diletakkan Abdul di depan seperti Abdul Qayyum. Sedangkan cadangan saya dari segi penulisan/ejaan/sebutan tidak terdapat “Al” (huruf alif dan lam) cthnya tidak ditulis/disebut sebagai Al-Qayyum. Sekadar menggunakan kata dasar.
Mohon pandangan segera dari Ustaz kerana hukum kufur itu amat berat.
Wassalam.
nama saya siti nur rasyidah..boleh kasih tahu maknanya???
adakah nama saya tidak boleh diterima dlm islam???
Salam.
Ustaz, adakah nama Rina bermaksud perempuan jahat?
Salam ustaz..
Apakah makna bagi nama-nama ini?
~Muhammad Adrin Razique
~Siti Nur Haflin Adalia
Assalamualaikum
Ustaz..
Apa pendapat ustaz mengenai nama berikut:
1) Hana Humaira
2) Humaira Aisyah
Terima kasih..
maksud nama ryyan iskandar
ustaz,
apakah maksud jaafar b johari???
ASSALAMMUALAIKUM
USTAZ APAKAH MADSUK NAMA MOHD DANIAL?
SILA BAGITAHU
Assalamualaikum..
Apakah pendapat ustaz untuk nama Arman Qaiser
Arman – maksudnya harapan/aspirasi
Qaiser – maksudnya Raja
Assalammualaikum…
Nk tnye maksud nama :
- Afira Hizyana
- Amirul Haikal
- Aleesya Hana
- Asrul Fahar
Terima kasih..
ustaz,
bole x bg maksud nama saya?….
ustaz,
boleh bg maksud nama “mohd azmi bin said”
n ape perbezaan mohd dan muhammad
apa maksud Mohammad Afiq Adam
ustaz,
ape beza maksud nama Aminah dan Ameena..?
Bolehkan nak letak nama anaka dgn ejaan Ameena, ada makna ke tidak atau makna yg tidak baik?
Salam.
ustaz,
boleh bagi maksuk nama” muhammad adam danial,muhammad afid danial,danish
ustaz,
salam….
makna nama Afiq Danial @ Afiq Danish
makna nama Adam Danial @ Adam Danish
dan Aleesya khairina
Salam, leh x bagi makna AZIRA?? sbb saya dah cari makna nama ni xjumpa-jumpa sekian lama…
apakah maksud nama Nurin Qasdina Lutfiah/ Nurin Qasdina Syuhada/ Ammar Muayyad Rayyan?
SAYA BERNIAGA MEMBUAT BARANG2 KUBUR .MASALAH SAYA SELALUNYA APA BILA HENDAK MENCARI TARIKH ISLAM LAMA,EJAAN NAMA ATAU PERTUKARAN TULISAN RUMI KE JAWI DAN TULISAN KHAT JAWI.SAYA BERHARAP SANGAT SESIAPA DAPAT MEMBANTU SAYA.DAH PELBAGAI LAMAN WEB. SAYA MASUK TAPI TAK BERJAYA.MINTA PERTOLONGAN
?SAIFUL
Mikum,,, Akh..
Pa seeh arti dr masmu’ah itu cz nyari di Al-Quran ga artinya pi kta Ortu da Maknanya …….
assalammualaikum ustaz,
nak tanya saya berkenan dgn nam airham..nk tau ada makna dlm islam taK? takut2 nama tak maknanya tak elok
terima kasih
maaf ustaz…Irham..ada makna tak?
assalamualaikum,
saya ingin brtanya apa maksud nama
NUR QAIREEN ALISHA
ustaz
salam
boleh bagi maksud nama
1. Muhammad Faris Darwisy
2. Nur Farisya Camelia
3. Muhammad Syuraim Imtiyaz
Assalamualaikum…
ustaz,
saya ingin namakan anak lelaki saya nanti dgn nama
Mohamad Airiel Farish, boleh tak dengan jasa baik ustaz memberikan maksud nama tersebut…
assalamualaikum, ustad…
Bley x gtaw mksd nme sye
SAZUA SAKINAS BT MOHAMAD SABRI….??
sy nak tanye ustaz…nama saya nurulsigim binti abduwahab. adakah sy berhak untuk menukar nama sy ? yg pasti, sy tak mengetahui makna ’sigim’ …
saya bercadang untuk menamakan bakal anak saya dengan nama muhammad dani alfian.. adakah nama itu mempunyai makna?? jika ada, bolehkah ustaz terjemahkannya???
ustaz ape maksud nama nie? Mohamad Hakimy B. Abd Karim
Raihana Aaina Bt. Mazlan
sy nak tnya maksud nama ibrahim adham..
salam, ustaz….
bole x bg maksud nama saya?….
Eamie Nor natsha???
assalamualaikum ustaz..
bley tak gthu maksud nama nurazila..?
salam ustad…
sy nk tnye maksud nama sy”muhammad fakar”
sy minta jasa baik ustad tuk tlong sy….
assalamualaikum, ustad…
blh bg maksud nama:
MOHD ALFI ZIYANI
NUR ARISSA IMANI
assalamualaikum ustaz,
nama karmila,ada maksud tak?saya bercadang memberi nama anak nanti damia karmila..
assalamualaikum ustaz..saya nak tanya maksud nama AREESYA dan SYAFIRA..
salam, ustaz…apa makna muhammad hareez qusyairy ?
NAK TANYA MAKSUD AMMAR QHALIF QAYYUM
Salam
Boleh tak terangkan makna
Farish Iffat.
Mohamad Farish
Ada makna tak.
saya mo tnya,,,,, lo anak lhir dibln mei atau juni, kalo cew atau cow,, baiknya diawali dngan huruf apa/ trima kasih.
As Salam Ustaz,
Boleh sy tau maksud Nur Jannahtul Aqma, terima kasih.
Salam Ustaz,
Saya ingin bertanya pendapat ustaz untuk nama ini:
1. Hana Aleesya
2. Hadif Hakeem
3.Aziq Shah
Adakan mempunya maksud yg sepadan dah sesuai
apakah maksud nama NurQaleesya
askum,
sy nk mintk tlg ustaz teragkan maksud nama :
mohd hadiff nasriq,tq
askum,
sy nak tahu ape mkna nama mohd zulfarqan Aufa?
dan nur Amni farisya?
adakah sesuai untuk namakan bayi dengan nama tersebut?
Assalamuaikum ustaz,
Saya nak tanya ustaz apa pendapat ustaz untuk nama ini:
1.Mohd Nazierul Faez
2.Mohamad Amierul Fairuz
3.Qaleisya Nurmaisarah
4.Nursyafiena Quraisya
Sy nak tanya apa maksud NIKITA????