Panduan Nama Anak dan Bayi Dalam Islam

by Nama Nama Islam on August 12, 2009

in Nama Nama Islam

 

Kredit: Abu Umair

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/

Cadangan Nama Nama Indah dalam Islam:

{ 698 comments… read them below or add one }

jafffar mohd June 10, 2011 at 6:52 am

salam ustaz….
boleh terang kan kepada saya maksud nama
muhamad khairul farin dan muhamad khairil fizz farish

aishah June 14, 2011 at 8:16 am

salam,adakah gabungan nama ini memberi makna yang baik ”azfar ridhwan”? adakahh gabungan 2 nama di bolehkan?

Siti Norshafinar Rosli June 20, 2011 at 1:42 am

Assalamualaikum…
Saya Nak Tanya Maksud Nama

1. Puteri Farisya Hanania
2. Muhammad Haziq Firhan

Tuan Rozi June 20, 2011 at 8:41 am

salam…saya nak tnye apa maksud nme…mohamad afgan & muhamad afzan…

Tuan Rozi June 20, 2011 at 8:44 am

Salam…saya nak tnye apa maksud nme…mohamad afgan & mohamad afzan…tlg ustaz…

nadiah June 23, 2011 at 8:15 am

apa maksud nama :
1)mohd ikmal hakimi
2)mohd irham harriez
3)mohd alif imran

arein June 24, 2011 at 3:31 am

salam..
ustaz sy bakal mnjadi ibu pd bulan 10 oktober 2011.sy & suami telah memilih beberapa nama untuk cahaya mata kami.sy berharap ustza dpt memberi maksud bg nama2 tersebut:
Mohd Danish?
Mohd Nur Adrean?
Mohd Damien?

Adakah ketiga2 nama tersebut mempunyai maksud yg baik / tidak.

nurul shamizie binti idros June 26, 2011 at 4:09 pm

asalammualaikm,,uztad….apakh mksd nma nurul shamizie dan nurul shamimie………??

INA June 27, 2011 at 7:23 am

salam, apa maksud nama Muhammad Qhalif? tq..

Sulha Suzila July 1, 2011 at 10:14 am

Bleh Tahu Maksud Nama Saya [Sulha Suzila]

izaaziah July 1, 2011 at 6:27 pm

kenapa banyak nama yg x de mcm aziah syajidah apa maksud nama ini

puteri July 8, 2011 at 10:29 pm

akum ustaz, terangkan maksud nama ini nur asyifa thaqifah maisarah

Danyal July 11, 2011 at 8:51 am

Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya adakah nama-nama ini baik dalam segi Islam? Atau Ustaz boleh tolong cadangkan kombinasi nama yang bermula daripada ‘D’? Syukran!

1) Muhammad Dani
2) Muhammad Daim
3) Muhammad Dayyan
4) Muhammad Daamin

mohd hanafi July 11, 2011 at 3:54 pm

As salam,
Mohon pendapat.. Saya bercadang utk memberikan nama bakal anak saya nanti dgn nama ‘Muhammad Azizul Hakeem’. Adakah ia baik utknya dan apakah maksud ‘Azizul’.
Terima kasih.

desforiny July 12, 2011 at 2:07 am

salam ustaz,

Nama saya Desforiny…mengikut daripada Panduan nama anak perkara yang ke 9 – Menukar kepada nama yang baik, nama saya tiada maksud di dalam islam dan bukan juga nama yang buruk maksudnya. Namun nama ini diberi berdasarkan kepada background saya iaitu: DES = dilahirkan pada bulan Disember, FO = anak yang ke empat dalam keluarga dan RINY = nama saya. Adakah saya perlu menukarkan nama ini kerana sehingga kini saya dipanggil sebagai rini @ des.

Sekian, terima kasih

ina July 12, 2011 at 6:16 am

assalamualaikum ustaz..
saya seorang ibu yang bakal melahirkan anak sulung saya pada bulan 10 nanti..insyallah..
saya ingin tanye adakah nama yang saya carikan untuk bakal anak saya mempunyai maksud yang baik n sesuai digunakan.

1) Nur Raisha Humaira
2) Nur Zara Humaira
3) Muhammad Mirza Aiman
4)Muhammad Nur Hakim

saya berharap agar pihak ustaz dapat membalas mesej saya ini.

sekian,terima kasih.

norhaffiza ra'azme July 12, 2011 at 8:23 am

salam ustaz,
apakah maksud nama ini nur qaleesya alya.harap dpt membantu sbb cari dlm website tidak ditemui.terima kasih

Raihanah Rozali July 12, 2011 at 4:02 pm

Salam ,ustaz
saya nak tanye maksud name muhammad hafizrullah dan muhammad fitri ini kalau anak lelaki .
maksud balqis.

Rohayah July 14, 2011 at 2:12 am

Ustaz,saya bakal melahirkan bayi perempuan tidak lama lagi,
Saya nak tahu apa maksud nama : Aima Natalia?

nurafezah July 14, 2011 at 3:17 am

saya nak tahu maksud nama nurafezah..boleh ustaz tolong saya yang ingin tahu

che suhaila bt che abdullah July 17, 2011 at 8:44 pm

makna nama che suhaila

Najib July 19, 2011 at 3:55 am

Assalamualaikum.

Saya ingin minta panduan ejaan nama untuk anak saya dalam tulisan rumi yang mana betul atau paling tepat;

Nur Nasuha
atau
Nur Nasoha

Terima kasih.

sha July 26, 2011 at 4:56 am

Assalamualaikum..

nak Tanya maksud nama Muhammad muizz

nily fahizah July 27, 2011 at 4:08 pm

apakah hukumnya memberikan nama anak2 sama atau seakan akan dengan nama ibu atau bapa..??terima kasih.

mira July 30, 2011 at 4:36 pm

Assalamualaikum ustaz…

saya bakal melahirkan anak dalam 1 minggu lebih lagi.. insyaALLAH..
di sini saya pohon jasa baik ustaz utk memberi makna bagi
cadangan nama bayi..saya mengalamai kesukaran mencari nama bayi tersebut..

1. mai zara
2. mia zalikha
3. muhammad zarfan
4. muhammad zafriel

adakah aqiqah lebih afdal dilaksanakan di tempat umat islam yg susah?saya bercdg utk membuatnya melalui program di kemboja..boleh ustaz tolong jelaskan.
terima kasih ustaz

ros August 2, 2011 at 3:11 am

assalamua’laikum ustaz…kalau tidak keberatan boleh saya dapatkan pandangan ustaz nama muhammad hamiz rifhan…apa maksud rifhan?sebab bila saya dengar ja nama ni rasa sedap dan sejuk jaa… :)

fisha August 2, 2011 at 3:37 am

Salam..

boleh saya tahu, apa maksud Ayra Airiesha Balqis..??
Jika tidak keberatan, mohon emelkan kepada saya..
terima kasih..

siti hawa August 2, 2011 at 9:29 pm

assalammualaikum ustaz……
boleh berikan saya maksud nama MUHAMMAD EZREL ADAM dan NUR ERWANA NATASHA…..saya perlu bantuan ustaz..terima kasih…

anies August 5, 2011 at 11:26 am

assalamualaikum ustaz saya nak tahu maksud nama anak saya ni “muhammad syahmie Qushairie amar”

Amer August 8, 2011 at 6:25 am

Assalammualaikum Ya Ustaz..
Saya mohon jasa baik ustaz mengenai maksud nama anak sulung kami yang bakal saya berikan untuk anak saya..
Muhammad Nazrul Hazeem = ????????
Muhammad Hazeem Ashraf = ????????

Syukran Ya ustaz..

saieyda August 13, 2011 at 5:46 am

salam.. blh x beritahu maksud nama IZZ TIARA QISTINA BATRISYIA, ASYIQ HARRAZ IDRAKI.. sesuai ke nama-nama tu digabungkan

shahril August 14, 2011 at 9:04 am

Salam, Apakah maksud nama saffa shardina

nizam August 15, 2011 at 4:13 pm

assalamualaikum ustaz
maksud nama nor shafina alya.
terima kasih.

noor yuhainis binti md isa August 17, 2011 at 3:58 am

assalamualaikum…mohon ustaz menterjemahkan makna nama ini..post di emel saya..terima kasih…

roza August 17, 2011 at 7:51 am

salam,saya ingin tahu apakah makna nama,azhim haikal dan izham izuddin..harap ustaz dapt membantu.

azman August 20, 2011 at 4:46 pm

salam..ustadz nma anaq sya mohd heldi..apa kah e2 mmbwa arti yg tidak mntenangkan..??thanks……

zulfikar August 21, 2011 at 3:06 pm

asalamualaikum ustad,,,,saya mw nanyain arti nama dari afzan hafizin apa ustad,,,,???

Nor Azimah August 25, 2011 at 10:22 am

Salam..

Apakah maksud nama bagi Nur Qaseh?

ISYA August 29, 2011 at 6:35 am

SALAM USTAZ…………..

USTAZ BOLEH TAK TERANG KAN APA MAKSUD SYAFIQAH. SAYA BUKAN APA USTAZ ,SAYA CUMA NAK TAHU APA MAKSUD SYAFIQAH.

fidah August 29, 2011 at 6:40 am

salam ustaz……….

ustaz apap maksud rafidah,rabi,abdul rahman,rina,rani dan rabihah

Suko September 8, 2011 at 3:25 am

Ustadz, apa makna nama FALISHA JANNETA RAMADHANI ? Tolong dibantu ! Terima kasih..

agilpamungkas September 11, 2011 at 12:14 pm

assalamualaikum..ustad,saya minta tlg cari’n nama buat anak kami yg no 2,yg insyaAllah lahir bulan sepini,yg islami,brikut arti y,…trim wasallm..

ila September 17, 2011 at 3:19 pm

assalamualaikum….sy ingin bertanya….bolehkan meletak kan nama seseorang dgn nama Al iman

Nor September 19, 2011 at 12:10 pm

Assalamualaikum..
Anak pertama sy bernama ZUNNUR HANNAH.maksud ZUNNUR ialah “yang bercahaya” HANNAH pula ialah “kasih sayang”.adakah dgn menggabungkan kedua2nya akan memberi maksud yang berlainan.
terima kasih

putra September 20, 2011 at 9:03 am

Mohon pertolongan untuk menyenaraikan nama-nama Rasullullah yang lain selain daripada Muhammad?

aswandi September 21, 2011 at 7:29 am

Assalamualaikum.
saya sedang menunggu kelahiran anak sulung tidak lama lagi…jika anak lelaki saya bercadang menamakannya Muaz Daffa…Boleh ustaz terangkan maksudnya…

rahayu adnan September 22, 2011 at 1:55 am

info yg ckp bgs.

nazirah September 23, 2011 at 4:53 pm

salam…ustaz…apakah maksud nama sye dlm islam???tq..

ct September 25, 2011 at 6:57 am

salam..ustaz apakah maksud nama EMELYN IZARA..?? Adakah nama itu elok..??

hendri September 26, 2011 at 7:50 am

Salam Ustaz,

Mohon bantuannya untuk ide nama bayi laki-laki kedua saya yang mau lahir bulan oktober

Terima Kasih Ustaz

Leave a Comment

Previous post:

Next post: