Kredit: Abu Umair
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian.
Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/
{ 643 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
Next Comments →
apakah begitu berarti sebuah nama dan akan membawa pengaruhkah pada anak Pak ustadz. apakah nama di maksudkan juga harapan. kebetulan saya sedang mencari nama untuk anak. tapi masih bingung.
adakah arti nama dari
1. fahmi alaydrus
2. aliya maulida
assalamualaikum…
saya igin bertanya ustaz makna nama2 di bawah:
1.Hazlina
2.Eddy ezli hisham
3.Elysa husna
4.Muhammad ezry haikal
assalammualaikum… saya nak tanya erti nama SYARMINE dan boleh ka di gandingkan dengan nama SOFEA ( SYARMINE SOFEA)
assalamualaikum ustaz, nama Muhamad Khairin apa maksudnya ustaz.
Assalamuaikum ustaz,
Saya nak tanya ustaz apa pendapat ustaz untuk nama ini:
Assalamuaikum ustaz,
Saya nak tanya ustaz apa pendapat ustaz untuk nama ini:
muhammad fizzul azzam
salam
ape mksud nama :
-muhammad akif zafran
-muhammad rayyan zafran
saye nk tau mksud name sye
NORAZLINA BINTI ABDUL MUIS
saya ingin tah maksud nama anak saya dayana el zahra
salam..
boleh bagi maksud untuk nama dibawah :
FARIZ ADNIEL
HAZLINDA
Assalamualaikum, ustaz…apa makna
IRFAN RYAN AZFAR ?
Terima Kasih
ape maksud nama
Diya Arissa
Damia Arissa
Aleeya Dania
Aleesya Dania
salam..
kalo letak name Mohamad Yasir Irfan bagi anak yang
lahir pada 10-2-2010, adakah ok ??
Apa kah erti nama dibawah
Daneal Fahmy
Nur Dania Natasya
Daniel Haikal
Dania Rabecca
salam, saya ingin tahu apa makna Antasha.
salam usztaz boleh x emaillkan pada yune maksud name nie..
1.wirdatul fareesya darweena
2.ahmad farish naufal
Assalamualaikum ustaz…..
saya nak tanya apa makna nama yang akan saya bagi kat anak saya ni. ahmad fauzi husainni
Salam.. boleh bagi tahu makna nama ahmad nadzirin
was-was dengan makna yg dijumpai kerana mempunyai banyak makna
terima kasih
assalamualaikum
saya nak tanya apa maksud nama mohd daniel.
Assalamualaikum ustaz….
Apa makna untuk nama
1) Muhammad Nazreel Edry
2)Nur Ellysha
ceh korang tanya ni ada dpt jawapan ke?
Assalamualaikum Ustaz..
Boleh tolong saya beri makna nama [ ASYIR ].
Terima kasih.
Assalamualaikum ustz. boleh tak bagitau saya maksud shakimah.? sebab kalu saya rujuk dalam kamus arab, maksudnya keras kepala atau tali kekang kuda. tapi menurut ayah saya maksudnya ialah ‘gagah’
Akum….Ustaz…saya nak tanya maksu nama ini
Putri Farish Farisha
terima kasih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….
ustaz, sy ingin bertanya tentang maksud nama AHMAD WAFI ‘UMAIRI…
Jazakallah…
asalamualaikum
erti nama aleesya
apakah erti nama farisha dlm islam
saya ingin bertanya erti beberapa nama di dalam islam,
dayangku
putri
farizan
norlila
farisha
farizal
farizul
Assalamualaikum…..
kalo haikal artinya apa ya??
assalamualaaikum saya nak tanya, nama anak saya nur arianna aleesya qistina apa kah maksud sebenar ariana?
assalammualaikum ustaz,
1. saya nk tau maksud nama saya nie…
a) zairah..
b) zara
saya xdapat mencari mksudnyer dalam mane2 buku islam setakat nie…
2.apakah kesan kalau tiada mksud dalam nama???…sama ada di dunia n akhirat nanti??
Assalammua’laikum…
Ya ustaz,
Ana sedang mencari nama untuk adik ana yang telah selamat dilahirkan pada 13.03.2010, jam 1.39 pm.
Ana nak tumpan tanya, makna nama Umar Danial?
Adakah ianya sebuah nama yang indah di akhirat kelak?
Syukran Ya Ustaz.
Assalammua’laikum…
assalamualaikum w.b.t..
ustaz sya ingin tahu apa maksud nama saya, mohd muhibbun jamail..
apakah maksud nama daris hazim
saya mau bertanya….
bagusnya nama untuk anak perempuan atau laki-laki
dari seorang ibu yang bernama marlina dan ayah sahari….
terimakasih..
Apa pendapat ustaz tetang nama Muhammad Umar Raziq
apa maksud nama fazri?
apa maksud nama:-
1. Nur Qaisara Darwisya
2. Nur Qistina Dania
Salam,
Apa pandangan ustaz untuk nama Muhammad Ayyaz Najmi,
Terima kasih .
Tanya nama Rahmania Shabri Azmi Nawawi apa maksudnya ust.?
Tolong carikan maksud Qhalish….Thank you
Nama ini : siti fazleen farahanim
apa maksudnya ye
a’kum…nak tny,maksud bg nama
1.mikhail
2.syakur
3.rafali
4.rafiqie
kalo boleh secept yg mungkin yer..
t.kasih..;o)
Assalamulaikum Ustaz,
Apa maksud nama ini,
1- Dina Nabilah Allyah
2- Dina Syasa Aqilah
3- Sadina
terima kasih
sya ingin mengtahui maksud nama ini
noor elesya danisha
assalamulaikum ustaz
saya nak tanya aper maksud nama tersebut
1.mohd daniel
2.nur imilatul shahirah
3.nurul aini
tu je ,sekian terima kasih
assalamualaiku ustaz sy ingin bertanyakan maksud nama erna firhana..
assalamualaikum,
saya dah letakkan nama utk anak2 saya…saya cuma nak minta komen ustaz,
1. muhammad amirul hazim
2.auni amirah
3.alisha umairah
thanks
Assalammualaikum ustaz
ape maksud nama ini:-
1. Faramy Amar Iskandar
2. Faramie Amar Iskandar
3. Farisha Qyra Eryana
4. Farisha Qyra Eryani
Terima kasih kerana menolong saya mencari maksud bagi nama yang tersebut di atas…..
Wasalam
← Previous Comments
Next Comments →