Panduan Nama Anak dan Bayi Dalam Islam

by Nama Nama Islam on August 12, 2009

in Nama Nama Islam

 

Kredit: Abu Umair

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/

Cadangan Nama Nama Indah dalam Islam:

{ 698 comments… read them below or add one }

lissda jesni June 16, 2010 at 9:37 am

assalammualaikum w.b.t.
ustaz saya nak tanya apa maksud nama HIDAHALIS..??
harap ustaz dpt mnjawap dgn secepat yg mungkin…

aidah June 17, 2010 at 1:15 am

assalamualaikum ustaz..
saya nak tahu maksud nama muhammad atif dan aidah…adakah maknanya elok atau sebaliknya..

terima kasih

siti nor bayah June 17, 2010 at 9:35 am

sy nak tau makna nama anak sy..
ainatul baiyinah syuhadah bt mohd azhar..terima kasih..
assalammualaikum..w.b.t

ruddiey gedebe June 18, 2010 at 4:30 am

assalamualaikum.
sy bercadang namakan anak lelaki sy dengan nama
Aqef Izz Hussain bagaimana pandangan ustaz dengan nama ini.

chika June 18, 2010 at 6:52 am

saya keliru..tentang ejaan nama..Raiyan & rayyan adakah ia memberi maksud yg sama..lain buku lain ejaan..apakah maksudnya sama mc yg tercatat..

norsuhaida bt suid June 20, 2010 at 9:17 am

assalamualikum ustaz,saya nak tahu maksud nama Azzurien atau Maizurien

miswan bin sainee June 20, 2010 at 11:20 am

apa maksud muhammad fairil hafidz

nur Illyana nazirah June 21, 2010 at 9:45 am

apa kah maksud nama nor Illyana nazirah?

MUNIRA June 21, 2010 at 10:37 am

salam ustaz..nak tahu..bila seseorg bayi keguguran,dlm tempoh xsmpai sebulan..boleh ke kita menamakan die? sedangkan kita belu mengetahui apakah jantinanya..@ apakah boleh jika kita gabungkan nama Lelaki dan Perempuan sekali..sebab tdk pasti jantinanya..terima kasih..

sima June 22, 2010 at 4:27 am

Assalamualikum Ustaz,
Apa maksud nama –> Mohd Zunnul Masri

nur June 23, 2010 at 6:47 am

akum ustaz..suami telah nama kan anak perempuan kami dengan nama NUR NAZATUL SHAZWIN. masaalah nya sekarang adalah sy tidak tahu apakah makna nama tersebut. semasa sy mengandung sy cuba juga cari makna nama tersebut di dalam buku serta internet tetapi tidak jumpa.. minta ustaz tolong sy mencari makna bg nama ini. terima kasih.

adzhar b adnan June 23, 2010 at 6:48 am

nak tau maksud nama anis arisa

mastura June 24, 2010 at 3:41 am

assalamulaikum

saya nak tanya apa makna nama Muhammad Amirulmukninin

nabila June 24, 2010 at 8:45 am

Asalammualaikum ustaz,..
apa makna nama bagi REZABIEL FARRIZIZUAN?

Puan Yan June 24, 2010 at 5:25 pm

Assalamualaikum tuan,

Saya ingin mengetahui makna nama “NUFAH” ( untuk anak perempuan). Adakah ia mempunyai maksud yang elok dlm Islam?

Terima kasih.

ida June 25, 2010 at 4:10 am

Salam

Minta kebenaran utk link post ni di blog? Boleh ke?

norsham June 26, 2010 at 6:28 am

saya nak tahu maksud nama nadif ahmad.tq

noor June 28, 2010 at 2:25 am

Assalamualaikum ustaz…

Saya nak bertanya tentang maksud nama abdul rifkhan/rifhan afiq…adakah mempunyai maksud dalam islam?…bagaimana pula dengan abdul ashfikhan/ashfihan aiman?terima kasih sekiranya ustaz sudi membantu…

Mohd Nazri Mohsin June 28, 2010 at 7:49 am

Bolehkan nama ini dicantumkan dan apa maksudnya
HARITH HURAIRAH

Mohd Faiz June 29, 2010 at 4:36 am

panggilan nama adalah doa yg akan sentiasa disebut pada seseorang individu.. dan ia akan mempengaruhi keperibadian serta akhlak seseorang…Walahhualam..
apakah makna bagi nama berikut..?
Ahmad Amir Hariz
Ahmad Adam Hariz….

Laila June 29, 2010 at 4:36 am

Asslamualaikum,

Saya sgt suka nama Nurish Meelia / Nurish Milea
Tapi ada makna tak nama tu?

yucy June 29, 2010 at 5:36 am

salam ustaz,

Saya cuma nak tahu maksud nama anak perempuan saya
“Elyna Zulfikha”…….ada kah maksud nye baik atau sebaliknya.Saya harap maksudnya elok…….

Harap tuan dapat membantu

shida June 29, 2010 at 8:38 am

salam ustaz, saya nak minta pandangan nama ini

1.Muhammad Darwisy Rayyan
2.Muhammad Darwin Rayyan

mohd danish shamrin June 30, 2010 at 4:06 am

mohd danish shamrin…adakah nama ini mempunyai maksud tertentu dan apakah buruk dan baik nya sekiranya nama itu terlalu panjang

zamri July 2, 2010 at 7:15 am

salam
apa khabar ustaz?
saya nak minta pandangan ustaz ttg nama ini

ahmad adam al-baihaqi

maria khutiah hasan July 2, 2010 at 3:36 pm

salam,saya ingin bertanya tentang maksud nama saya Maria Khutiah…adakah perlu saya menukar jika nama ini membawa maksud yg buruk…tetapi ibu saya mengatakan yang nama itu adalah antara nama ibu susuan Rasullah berdasarkan kitab yang dibacakan oleh nenek saya kepadanya

siti July 5, 2010 at 8:21 am

As’salam..Ustaz/Ustazah..,

Menanti kelahiran cahaya mata yg ke-3…blom tahu aper jantina tapi sedang mencari nama yang sesuai.Bercadang nk letak AMIRAH QARERA @ AMIRAH QARESHA-bayi perempuan…dan AMIR HILMAN jika bayi lelaki.
Boleh Ustaz/Ustazah berikan maksud untuk nama2 di atas..Terima kasih atas jasa baik dan kerjasama pihak Ustaz/Ustazah

AISYA July 6, 2010 at 9:31 pm

assalamualaikum ustaz…….ingin saya bertanya, cahaya mata saya fiffy ariyanna binti ahmad fauzi….berumur 2thn, ada maksud yang baik atau tidak….?? kerap kali, anak kurang sihat…dikhuatiri kurang sesuai dengan dirinya.

ryan July 7, 2010 at 5:01 am

maaf ustadz
mau tanya ni apa arti nama ini rafiffaruq thufail pradana

Nur Yusa Asikin Shafii July 8, 2010 at 1:04 am

salam. nak tanya maksud nama saya. pernah bertny pd ustazah bhs arab asikin bermaksud pisau sapu jem / mentega. di sbbkan ingin tahu sgt maksud yusa, sehingga saya bermimpi seorg wanita bertudung putih yg sgt cantik memberi tahu yusa maksud nya cik puan. betul ke? begitu juga dgn maksud nama ank2 saya, nur yusa asdina dan nur yusa asdini.

fairiza July 8, 2010 at 4:02 am

maksud nur alisha dania

mawar July 8, 2010 at 6:04 am

Salam…

Minta pandangan dgn nama ini :

1. Darwisha Irwana
2. Amanina Iziyani
3. Aryani Batrisya
4. Arzuren Balqisya
5. Amirul Asyraf
6. Amirul Hakim
7. Balqis Humaira

Nisa Ramli July 8, 2010 at 7:01 am

Salam,

Bleh saya tau apa makna Adrian Naufal. Terima kasih…

izzati July 9, 2010 at 2:13 pm

ape mankna untuk irisya

Ehsan Surur July 12, 2010 at 8:43 am

Assalamualaikum,

Saya nak tau makna (bukan tugas) nama malaikat Jibril, Mikhail, Israfil jika tak keberatan.Shukran.

siti luthfiati July 13, 2010 at 6:10 am

salam ustaz,
saya ingin kan bantuan dari ustaz..
nama suami saya mohamed fareq dan saya siti luthfiati..
saya skg sarat mengandung anak lelaki..
saya ingin kan pandangan dari ustaz nama ini
:muhammad faaiz izyan

saya ingin namakan anak saya berkombinasi nama saya dan suami saya…ustaz ada nama2 yg boleh berkombinasikan nama kami berdua…??

harap ustaz dpt bantu..

yati July 13, 2010 at 6:12 am

akm…ustaz saya nak tanya ape makna nama anak seperti berikut
-ieris husainei
-ilham husainei
-ieman husainei
-iereen husainei

Adi July 13, 2010 at 5:33 pm

Salam ustaz. Saya nk tanye pandangan ustaz nama yg mane satu sesuai:
1) Muhammad Uwais Zarif
2) Muhammad Zarif Uwais

hidayatulaiza mokhtar July 13, 2010 at 11:27 pm

assalamualaikum..saya ingin tahu makna aiza..adakah aiza sudah dijamakkan daripada nama aisyah? apakah makna sebenar nama saya ‘Hidayatulaiza’?

Muzna July 14, 2010 at 2:42 am

Asslm….
Ustaz saya pengen tau arti dari nama saya Muzna Laya (yang terakhir itu marga orang tua saya ^_^)

Makasih sebelumnya yaa ustaz..
Wsslm….

hanie July 14, 2010 at 6:54 am

assalamualaikum ustaz
sy nk tau apakah maksud nama nursufahanie..
adakah maknanya elok atau sebaliknya..

mohd tajuddin bin abdullah July 14, 2010 at 8:47 am

salam Ustaz..

Minta pandangan nama ini dengan kadar segera…

1) Nur Amani Safiyah

mohd tajuddin bin abdullah July 14, 2010 at 10:07 am

salam Ustaz..

Minta pandangan nama ini dengan kadar segera…

1) Nur Amani Safiyah

2) Nur Amani Safiyyah

hasnida July 15, 2010 at 1:54 am

salam ustaz,
sesuai atau tidak dengan gabungan nama ini. SABRINA HANI sbb apa yg pernah saya dengar apb 2 nama yg mempunyai makna tapi apb digabungkan tidak memberi apa2 makna.

nizam July 16, 2010 at 5:45 pm

askum ustaz…sy mempunyai masalah nak menamakan anak sy yg kedua ni…difahamkan bayi di dalam kandungan isteri saya lelaki…jadi saya nak mintak pendapt ustaz untuk memberi nama yang sesuai untuk anak saya…anak sulung saya bernama Muhammad Muhaimin Zulkarnain….terima kasih

Rozzeta Dolah July 18, 2010 at 6:55 am

Salam Ustaz,

Minta pandangan untuk gabungan nama bakal anak lelaki insyaAllah – Rayyan Danish.

Terima kasih.

Dieza July 18, 2010 at 2:57 pm

Assalamualaikum…

Saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan nama Muhammad Emel… adakah dia membawa maksud yang baik atau sebaliknya…

Terima kasih.

nabilah July 19, 2010 at 2:00 am

salam ustaz,
sy nk tya apa maksud DURRATUN MUNTIJAH?

ejune July 19, 2010 at 4:22 am

salam, sy baru saje disahkan hamil dan dalam perancangan mengumpul name2 yg elok utk bakal anak sy. sy mintak pandangan jika anak sy dinamakan NUR QALEESYA ASYQIN, apekah maksud nye? adakah name itu elok?
terima kasih

ejune July 19, 2010 at 4:23 am

salam, sy baru saje disahkan hamil dan dalam perancangan mengumpul name2 yg elok utk bakal anak sy. sy mintak pandangan jika anak sy dinamakan NUR QALEESYA ASYiQIN, apekah maksud nye? adakah name itu elok?
terima kasih

Leave a Comment

Previous post:

Next post: