Kredit: Abu Umair
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian.
Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/
{ 643 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
Next Comments →
Assalamualaikum…
Pak Ustadz……anak saya baru saja lahir dibulan juli ini tepatnya tanggal 17 juli 2010 seorang perempuan…saya bingung mau memberikan nama islam…untuk itu saya minta petunjuk untuk nama y6ang sesuai…
Terimakasih
Ustad, apa arti dari amira zahidah
ustaz boley beritahu tak maksud nama marina ashikin
salam…
saya nak tahu apa mksud nama FAUZUL AZIM????
Assalamualaikum ustadz, saya mau minta pendapat ustad mengenai makna nama, dan tulisan yang benar, yang rencananya akan saya berikan pada anak sulung saya yang insyaAllah akan lahir pada bulan september 2010. Yaitu Zaky al Faiz. Terimakasi, wassalamualaikum
assalamualaikum…
saya sedang hamil 7 bulan,anak ke3 insyaallah…dan saya telah memilih nama untuk bakal anak saya,namun belum pasti jantina…nama yang saya pilih adalah aleesya dania dan saya tahu maknanya…akan tetapi,saya musykil tentang ejaan nama itu dalam tulisan jawi…satu perkara lagi,jika ditakdirkan lelaki,saya ada terfikir nama afzan hafizin.minta pandangan ustaz berkenaan nama tersebut dan ejaan jawi…syukran jazilan
assasalamualaikum
ustadz…saya bingung mau buat nama anak saya yg lahir pada tgl 19 juli 2010 jam 20.05 kira2 apa nama yg bagus utk bayi laki-laki saya yg kedua ini
salam.. bole saya tahu maksud nama zara danisha dan zafran danish. terima kasih
saya ingin bertanya apa yang dimaksud dengan nama
” Irdina Wahyu Syarafana”
apakah maksudnya baik apa sebaliknya.
terima kasih
salam……
adakah ini kombinasi yang indah dari segi maksudnya…
1.aathif fadhulurrahman al-huda
2.aatik zikrullah al-huda
harap ustaz berikan jawapan secepat mungkin…
Bayi ketiga saya perempuan…Tlg bagi cadangan untuk saya.Yang sulung bernama Muhammad Asyraf ke-2 Nur Assyura yg ke-3 ini sya mencari nama yg serupa ejaan didepan serup dengan abg dan kakak nya…kalau boleh sya memberi nama bermula dgn NUR… ASY…..
diharap ustaz dpat membntu…..
wassallam…
assalamualaikum…adakah nama damien mbawa mksd y tdk elok?tolong bantu scepat mungkin…
assalamuaikum…saya nk tau mksd damien sama ada eloka tidak…
Saya ingin bertanya apakah maksud nama saya…….insih karna
Assalamualaikum w.b.t.
Boleh minta ustaz memberi maksud kepada nama ini?
>Hanis Alaina.
Terima Kasih.
Assalamualaikum.
salam saya nak tanya makna nama saya mohd asrul tlg bagi jawapan ye tq
Assalamualaikum..
Saya bakal ibu & ingin bertanya kan maksud nama yg telah kami suami isteri cr utk bakal anak kami nnti.Adakah elok maksud nya.
Lelaki:
Mohd Aqil Iskandar
Perempuan:
Nor Dhyia Syakira
Terima Kasih
Assalamualaikum Uztas…….. saya mau kasi nama buat anak pertama saya perempuan,lahirnya buan juli ini, tapi yg ada saya malah bingung cari nama yg bermakna tapi ga’ ribet, dan enak didengarnya, mohon dibantu ya Uztas….. Trima Kasih……….
Salam..
Saya ingin pendapat ustaz dengan nama Sha Adleen Maryssa
Terima kasih
saya nk tahu apakah maksud nama saya? nor aisah…
Assalamualaikum… Saya masih mencari maksud nama Nurul Arisya… Harap ustad dapat bantu…
SalamUstaz,
sy ingin bertanya apakah maksud yang tersirat disebalik nama “AZIEMAH”?
Harap dapat bantu,
assalamu’alaikum……….
sy punya sepupu yang baru lahir, hari jum’at tanggal 2 Juli 2010. Sy mo mta saran, nama islami untuk sepupu sy itu???
Terima kasih…….
salam…..
saya nak tahu apa maksud norliza…
dah puas cari tapi tak penah jumpa
terima kasih
Asslamualaikum .ustaz saya mau nanya ni cara mengabungkan dua kata nama untuk bayi permpuan,tolong ya ustaz
Assalamualiakum… wr wb.
Saya ingin bertanya tentang nama saya sendiri maknanya apa ya? terus kalu dengan gin-gin abidarda maknanya apa?
Terima kasih….
salam….
saya nak minta pendapat….
puas sudah saya mencari maksud bagi nama
RISYA @ RISHA..
adakah nama tersebut mempunyai maksud yang negatif atau positif
salam,
saya nak bertanya apakah maksud nama nurul iman alisya & nurulikma,adakah maksud nama nama ini baik @ sebaliknya…
terima kasih
adakah nama Nur Aisyah Dania Bt Rizalman,sesuai dgn anak saya??
Salam Ustaz,
Anak sulung saya bernama Aiman ‘Aziem. Boleh ustaz jelaskan maksud nama tersebut.
Seperkara lagi ustaz, apakah maksud nama ‘Arjuna’. adakah ia memberi maksud yang baik atau sebaliknya.
Terima Kasih Ustaz
assalamualaikum ..sy ingin b,tnya kan maksud pada nama sy zamnur adakah nama tu baik atau tidak,sebab tiada maksud dlm nama2 islam.
salam…
apakah maksud nama..
azizul azri
dan
azreen azrina
apakah gabungan nama yang sesuai yang bermula dgn az
mieza July 26, 2010 at 5:05 am
assalamualaikum…adakah nama damien mbawa mksd y tdk elok?tolong bantu scepat mungkin…
The name’s meaning is tamer. Derived from the element ‘daman’ meaning to tame, to subdue, to kill. Damianos (Old Greek) and Damianus (Latin) are old forms of Damian. The name was borne by the 4th-century Saint Damian, the patron saint of physicians, who was martyred together with his brother Saint Cosmas in Cilicia. Due to the fame of the saint, the name was popular among early Christians.
Hasil daripada carian seperti di atas, didapati nama itu adalah berasal daripada mereka yang menganut Kristian di barat. Pada pendapat saya, banyak lagi nama yang indah yang kita boleh ambil daripada agama kita, Islam, itu sendiri. Contohnya Oawisy Al-Qarni, seorang mulia yang mencontohi Nabi s.a.w walaupun tidak pernah bertemu di mana pada akhir hayatnya diangkat Allat s.w.t ke martabat yang tinggi kerana sifatnya dan amalannya semasa hidup. Kalu boleh,janganlah kerana sukakan nama itu, kita sanggup aniaya anak kita dengan panggilan yang tidak sepatutnya yang akan dipegang sehingga matinya. wallahua’lam..
salam,blh bg tau maksud hati dlm bahasa arab, dan tlg gabungkan nama ini SYIFA dgn maksudnya sekali
salam ustaz,
boleh berikan maksud nama adam danial dan cara ejaan jawi yg betul. sayu tahu tapi takut ragu2 dalam jawi.
salam saya nk tnya apakah makna nama Nur Ryana Amani dan Muhammad Ryan Adam.. harap boleh bg penjelasan..
tq..
salam
boleh beri nama yg sesuai utk anak saya di bin kan mohd rafiq
assalamualaikum..sya nk tnya apa mksud nama ank sya NUREMYLIA ZUHAILA.ade kah nama itu baik atau sbalik nye..
Assalammualaikum Wr.Wb
Ustad
apa arti nama Khanza Aqeela (bagus gak dalam islam)
atau khanza nazifa rhamadani
atau khanza afiqah rhamadani
Assalamualaikum, sya ingin bertanya apakah makna nama saya iaitu RAZAIDA.
Sy hanya menjumpai makna AIDA (Keberuntungan)
Sy pernah mendengar dari kawan-kawan makna sepenuhnya bagi nama saya RAZAIDA(Hamba Abdi) sekiranya benar saya teramat perlu menukarkan nama saya.
salam saya nak tanya apakah nama gabungan yang sesuai bermula dgn Iz dan Ha utk anak lelaki dan perempuan
as’kum..
amsyar hariz/hareez ataupun hariz/hareez amsyar yg lebih sesuai..tq
saya ingin bertanya apa maksud nama anak kembar saya iaitu aiziq haikal dah afiq haizal…adakah ia membawa maksud yang baik
salam ustaz,
saya bakal melahirkan anak sulung hujung tahun ini..tapi masih belum mendapat nama..boleh ustaz bantu saya untuk mendapatkan nama yang bermula F bgi nama hadapan dan S bgi nama seterusnya..Contoh : Firdaus Syukria. tapi saya perlukan nama bagi ank lelaki dan perempuan..terima kasih ustaz.
nama:mohd firas dani(lelaki)
:nor batrisyah(perempuan)
beri kan maknanya>>>
Salam, boleh bantu saya,
apa makna Haninia Harieza
askm..
mohon tn jelaskan maksud nama di bawah:-
Muhammad Farish
Terima kasih
ape name gabungan L dan N dalam islam??
salam
apa maksud nama saiful mikhail
atau ada kah nama2 islam yg terbaik??
ustaz….saya nak tahu sangat apa maksud nama saya….(mohd fadzrul)
← Previous Comments
Next Comments →