Kredit: Abu Umair
Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian.
Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/
{ 698 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
Next Comments →
Salam.. Sy nk bertanya ape mkne name Nuriy Najwa Batrisya??
Salam, sy ingin tahu apa makna
1) NURUL NATASHAH
2) NURUL NAFISYA
3) ALEEQHA BATRISHA
4) NUR HAZIRA
Terima Kasih
maaf,boleh saya tanye apakah maksud bagi nama “ZHIBYAN AZEEM” ?
Terima Kasih.
salam…nak tanya ok tak nama ini:
Qaseeh Aina Qalleesyah
salam….
ustaz nak tanya ok tak nama ini:
Qaseeh Aina Qalleesyah…cuma aina ja yg saya tahu maksudnya mata yang cantik..tapi Qaseeh saya maksudkan kasih sayang..yang Qalleesyah pula sebab saya suka…macam mana pandangan ustaz……?
Salam,
Sesuai kah kalau saye beri kan anak saya name Nur Banafsha. Apa kah maknanye. Terima Kasih
salam..ustz,sy dh brumur 18thn tp smpai skrg sy tdk tahu mksud dsblik nama sy..sy mhon pandgan ustz…
trma ksh..
assalammualaikum……………ustaz bole saya tau maksud nama izzah zakirah dan nor sahida
a’kum…saya ingin btanya dgn org yg lebh afdal dgn nama-nama islam…jika saya gabung kn nama adam+aisar,adakah ia sesuai digabungkan?
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya, apakah makna nama di bawah dan bagaimana dengan ejaan Jawinya? :
1) Ayra
2) Airyl/Airell
Saya dapati ramai orang menamakan anak mereka dengan nama ini tapi bila saya check dalam buku 2 panduan menamakan anak, tak pernah jumpa pun nama ni.
assalamualaikum ..sy ingin b,tnya kan maksud pada nama:
1. anak sulung sy Sharlin Nor’Aresya
2. anak kedua sy Sharlin Nor Allesya – setahu sy alisha maknernyer perlindungan dr tuhan, walaupun berbeza dari segi ejaan.
3. makna shafiq azrul
- adakah nama tu baik atau tidak,sebab tiada maksud dlm nama2 islam.
dan sy juga bakal melahirkan anak lelaki pd bulan nov ini, saya ingin menamakan aisy syazwan. bolehkah ustaz memberikan pandangan terhadap nama2 tersebut.
ibu keliru.
terima kasih.
Tolong informasi nama laki dan perempuan dibulan syawal
asalamualaikum….sy nk tahu apa makna nama sy ustaz…nama sy muhammad azlifun
salam..
saya nak ingin tahu nama ” Melissa Hamani” ada maksud tak?
tq
Mohd Saifulazli maksudnye pe?
assalamualailum, ape maksud name muttakillah? puas saye mencari di internet tp x ketemu jawapan. ingin namakan anak lelaki sy muhammad iqram muttakillah
salam..boleh tak bagi gabungan nama antara yahya dan nurul nazura
Asslamualaikum ustaz.
Saya bakal menimang cahaya mata pertama dan jika diizinkan insyAllah awal tahun hadapan. Saya ada berbincang bersama isteri dalam memberi nama kami
1) Ahmad nashriq Rayqal
2) Ahmad Haidil rizqi
Mohon ustaz memberikan maksud pada nama tersebut.
Sekian terima kasih
salam….
boleh saya tahu apakah maksud nama dania natasha dalam islam?
salam..
saya nak tanya apakah maksud farish ikhwan dan fadzli ikhwan
assalamualaikum.nama saya ada maksud tak?
Assalamualaikum ustaz,
Saya bakal melahirkan anak pada 30 september ini. Saya ingin tahu maksud nama yang bakal saya beri pada anak saya
1) Aleesya Rayyana
Harap ustaz dapat membantu saya dalam memberi maksud nama ini.
Terima Kasih
blh beritahu saya maksud nama2 ini?…
-muhammad iman akmal
-muhammad iman arfan
-muhammad iman asyraf
salam ustaz…makna nama nur qalesya rania?sata dalam kebuntuan?
assalamualaikum..ustaz..
saya nak tanya, apakah makna nama ” alia risya”.ejaan alia dgn huruf ( ain) ,risya ( ra, ya ,syin , alif ).ini kerana saya jumpa perkataan risya di dlm al quran surah al a’raf ayat 26.sesuai atau tidak ustz saya ingin menamakan bakal anak saya dengan nama ini?anak saya yg sekarang bernama alia sufi
salam..adakh nma nur aleeya danish binti carl zafran sesuai utk nma ank pertama sy yg lahir pd bln syawal nti..
assalamualaikum ustaz,
sy nak tau mkna zuriati.
Assalamualaikum w.b.t..
sy ingin bertanyakan tentang maksud dan kombinasi nama ‘ Hayyan Ayman al-Hafeez bin Hafizal kerana insyaAllah sy akan mendapat anak lelaki pada bulan January 2011 nnt..
adakah kombinasi nama tersebut sesuai dan tambahan ‘al’ di depan nama hafeez itu tidak bertentangan syarak?
Mohon penjelasan lanjut ustaz berkenaan perkara ini.
salam..
ustaz,
anak pertama saya bernama afiq danish..
dan sekarang saya tengah mengandung dan tidak pasti
samada anak lelaki atau perempuan.
apakah gabungan nama yang sesuai jika anak lelaki / perempuan yang bakal lahir
assalamualaikum ..
apa makna nama :
mohd daniel ezairy
mohd daniel irfan
damia alya
damia aleesha
salam ustaz- saya nak tanya maksud nama2 berikut:
1.kifni
2.thifni
terima kasih
Ass. .pak ustadz saya mau tanya kan ka2k saya ru lhran tgl 29 oktober 2010,nama yg bgz apa ya pak ustadz??thx sblmy. . .
Assalamu’alaikum
Saya minta tolong berikan nama yang baik untuk anak saya, Laki-laki lahir tgl 11 September 2010
Wassalamu’laikum Warahmatullahi Wa
barakatuh
ape makna sebenarnya nama DAMIEN dari segi semua agama bangsa bahasa? tolong terjemahkan? adakah baik nama itu?
assalamualaikum ustaz,saya nak tanya maksud nama anak saya yang baru lahir SITI NURAIN?
assalmualaikum boleh saya tahu apa makna jika nama saya rose shela
tolong banti kami untuk mendapatkan nama2 muslim modern
assalamualaikum,,,ustad insyaALLAh dalam waktu dekat ini anak kami akan lahir, sy minta tolong kira-kira apa nama anak kami kalo laki-laki/perempuan,kalo di padukan antara nama saya dan istri (fahri aulawi & elka widayanti) tapi yang berbau muslim dan modern,,sblum dan sesudahnya sy icapkan banyak trimakasih wassalam
Tolong di info ke Ffahryaulawi@yahoo.com
apakah name untuk anak pmpuan yg elok?
apa yang bagus untuk tambahan nama yang sesuai yang bermula dengan fahri
Ingin mengetahui maksud nama Arissa dan Ariana.
Tq.
Salam..
apa nak tahu apa makna aznida? saya cari xda pon
terima kasih
salam ..
macam mane dgn nama malaikat…
sebb sekarang dah ramai yg bagi nama anak, nama malaikat…
contohnya mikhail…
terima kasih
Salam,
saya nak tanya apakah maksud nama aqashah?
sampai sekarang saya masih tercari-cari apa maksud nama itu….
Assalamualaikum ustadz…
saya mau bertanya apa makna nya ^afkarina salsabila^
ustaz,tolong bagitau makna nma saya,nurul shafinaz???
Ass,,,,
saya minta Tolong Cariin nama anak laki” islam yang artinya bagus,,,,
ws,,,,
Ass,,,,
saya mau tanya arti dari nama Lafifa syahdu zakwa mutia dan ifan abdusalam itu apa???,,,,,
ws,,,,
assalamualaikum,sy ingin bertanya apakah maksud nama marissa razeqeen dan marzuqee razeen
terima kasih ustaz
← Previous Comments
Next Comments →