Petua Ibu Mengandung dan Hamil

Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian. Sekiranya anda ada petua-petua yang lain, sila kongsikan dengan yang lain.

  • Jangan cepat merajuk
  • Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf,  Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi,  Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
  • Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
  • Jangan suka mengata atau mengumpat
  • Banyakkan berzikir tak kira masa,
    • Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).

Petua Lain :

  • Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
  • Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
  • Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
  • Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
  • Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.

Kredit: tokeikedai

52 thoughts on “Petua Ibu Mengandung dan Hamil”

  1. Saya dah mengandung 6 bulan sering megalami masalah sakit perut sebelah kiri apabila saya tidur meniring dan saya sering meminum air batu.Adakah saya mengalami sakit perut disebabkan minuman berais.

    Reply
  2. Salam,smua wanita mengalami pelbagai pengalaman yg sgt berbeza setiap kali mengandung.Saya sdg mngdung 3 bln dan inilah pengalaman yg paling perit,morning sickness bkn takat morning malah setiap waktu selain sakit bhg belakang,semput nafas,sembelit,tebaring spjg waktu,sensitif bau,krg selera mkn,krg tdo,kaki dh bengkak,emosi dan mcm2.sblm ni,ckp je apa mkanan semua masuk,dh nak tgu hari bsalin dpt lg bantu masak mjlis kenduri.agaknya usia dh naik ni kot (37).apapun itu ujian allah terima je lah.

    Reply
  3. usia kandungan sy skg da 7bln lbih… n kerap minum sjuk, skg sy ska mkn beras… x ble x mkn trasa lidah sy terasa lain…. tidak ka memakan beras mentah 2 mdatangkan apa2 kesan nagetif pd baby sy bila lahir nnt??

    Reply
  4. salm kepda pihak tuan mhupn puan…kandungan sya telah mencecah 4 bln akn ttp rahim sya agk rendah dan kandungan sya sht…adakah mslh ini blh diselesaikan???adakah ia akn infect pda ibu mhupun kandungan…bantu la sya…

    Reply
  5. usia kandungan saya da 4 bln lbi..ini yang pertama.
    Alhamdulillah saya sihat & tidak mengalami alahan morning sickness seperti kebanyakkan ibu2 hamil.Masaalahnya saya mengalami sakit perut sebelah kanan bahagian bawah yang amat sakit.Bila jumpa dok tak ada masaalah n tak ada sebarang penyakit..Apakah disebabkan lama duduk ,masaalah tidur..
    atau bagaimana?

    Reply
  6. alhamdulillah usia kandungan sy kini dah mencecah 10 minggu..anak pertama..just nak share perasaan hepi jer..syukur atas kurniaan ALLAH SWT..

    Reply
  7. Sekarg ni saya mengndung bru nk msk 2 bln, ank pertama…air liur sy byk sgt dan sy kerap meludah hggakan kena sediakan bekas di sblh.. mslh ni berlaku time petang hgga mlm..mkin sy mkn utk hlgkan air liur makin byk dan mulut mkin pahit…

    Reply
  8. assalamualaikum..
    Kandungan saya kini menjangkau 7bln..kebelakangan ini saya sering kali sakit d bahagian kelangkang hinggalh ke lutut..kenapa yer? Hinggakan nak berjalan mmg terasa kesakitannya. Harap dapat beri penjelasan.

    Reply
  9. saya sekarang hami 5minggu lebih..
    alhamdulillah xde morning sickness..
    just kadang2 cam pening, badan penat sgt and ngantok..
    ni sebab pembawaaan ke..

    Reply
  10. salam semua…saya kini hamil 2 bln anak yang kedua..saya sangat hape dengan rezeki ini kerana ini lah yang suami saya mahukan.walaupun banyak menghadapi masalah diawal kehamilan berbanding anak yang pertama namun itu memberi semangat untuk saya menjaga kandungan ini..semoga kita dapat mengharungi dugaan nya…amin.

    Reply
  11. i husband.isteri mengandung 2bln.tapi masalahnya time muntah tak tentu waktunya.dia kerja klinik swasta hanya utk kanak2.adakah muntah loya itu disebabkan tekanan kerja? kalau begitu ada kesan sampingan kepada anak saya.apakah tips yg berkesan utk muntah ini.

    Reply
  12. saya baru 6 bulan mendirikan rumah tangga denagan lelaki yang amat penyayang..sekarani ini saya sudah pun hamil 3 bulan,
    semasa saya mengandung ini saya tidak ada alahan yang amat teruk cuma saya ada sedikit pening kpala.muntah pada waktu pagi terutamanya…dan saya ada sakit dan senggal dibahagian peha sebelah kiri. harap dapat beri saya penjelasan……

    Reply
  13. Saya bru mgandung,ini anak sulung,kndungan saya 8 mggu,saya krap skit perut,adakah ia mmbri ksan kpd bayi?bgaimana dgn pngambilan ubat2an?

    Reply
  14. salam sy baru nikah 4/12/2010..
    n harini 17/1/2011 sy dah disahkan hamil 3 minggu.. adakah ini bunting pelamin? alhamdulillah…. xde pape masalah cume badan lemah. x aktif mcm selalu. rasa pening2.

    Reply
  15. salam. sy baru hamil 6minggu. anak pertama. Alhamdulillah xde alahan yg truk2, cuma rasa pening,loya2,kdg2 muntah…bdn jd lembik jg la. tp sekejap je. selera mkn mula berkurang, cuma yg rasa sedap d mulut sy ni ialah sayur bayam. rasanya bayam ni baik kot utk ibu n bayi. tp nk tau jg, mknan pedas n limau nipis ada effect x utk ibu mengandung?

    Reply
  16. Alhamdulillah..stlh hampir 2 th n kawin, skrg sy pregnant 1st baby, dh masuk 4 bln..X de morning sickness, loya ke, pening ke…smua mcm biase…cuma asyik nk mkn jer la…

    Reply
  17. salam…setelah hampir 10 tahun menanti cahaya mata baru kini kami kecapi atas usaha dan doa serta berkat mengambil 2 org anak angkat dan kedua-keduanya hero.kini saya hanya menunggu hari utk melahirkan.tapi pelbagai masalah yg harus saya tempoh…bayisaya akan di lahir kan lbih awal dri jangka masanya kerana saya IBU INSULIN.tapi saya redha…insyaallah semunya akan selamat…DOA KAN SAYA…

    Reply
  18. alhamdulillah…kini saya mengandung utk kali yang ke 2 selepas mengalami kandungan luar rahim..awal bulan 1 hr tu saya menjalani pembedahan membuang tiub sebelah kanan disebabkn kandungan luar rahim tersebut…sekarang kandungan saya sudah masuk 10 minggu…alhamdulillah…syukur atas rezeki yg allah limpah kan ini…

    Reply
  19. saya telah disahkan hamil 5 minggu, dalam waktu terdekat ini, adakah saya masih lagi boleh bersama dengan suami saya? adakah ia mengganggu kandungan saya?

    Reply
  20. saya baru mengandung 3bulan tapi saya ader masalah gigi.boleh k saya mencabut gigi saya.saya takut memudaratkan kandungan saya..tolong bantu saya

    Reply
  21. sy skrg mengandung 6 bln anak ke4.Sy dpt rasakan pengalaman mengandung setiap anak sgt berbeza namun keindahannya tetap sama bila si comel mula menendang-nendang di dlm perut.

    Reply
  22. sekarang saya hamil ank yg ketiga,dh masuk 7 bln..saya sering sakit bwh perut,rasa lenguh satu kaki,ank yg pertama dan kedua sy tak pernah rasa sakit mcm ni..harap ada yg dapat berkongsi…….

    Reply
  23. Saya skrang hamil 3bln lbh. Sjak awal hamil sy tiada sbrang msalah,cuma sjak akhir2 ini sy sering skit prut dan blkang.. Dan tdo mlm sy sering trgnggu..

    Reply
  24. assalamualaikom… saya hamil anak sulong.. alhamdulillah skarang kandungan sy dah nak masuk 6 bln… saya memepunyai alahan berbeza setiap bulan…. skarang sy rasa pedih ulu hati….knapa yer

    Reply
  25. Assalamualaikum…saya skang pregnant anak yang first,saya nak tanya kenape sebelah kaki kanan saya dari ponggong sampai ke bawah sakit je,kadang2 nak jalan pun sampai leh nak terjatuh?lagi satu ulu hati kadang2 sakit je..ape uang patut saya buat….

    Reply
  26. askum..disini sy ingin berkongsi kegembiraan di atas kurnia tuhan kini sy telah hamil 4 bulan….alhamdulilah morning sicness sy hampir bkurangan ….tp masalah nya sekarang ni sy sering rasa gatal di bahagian kemaluan ….berasa gatal….adakah tu satu tanda pembawakan budak..?pls reply ke email sy.//tq

    Reply
  27. Saya mengandung anak ke 2 setelah anak sulung (lelaki) saya berusia 1 tahun, 2 bulan. Kandungan yang ke 2, saya alah pada suasana dan bau2an. Makan dan minum juga terjejas. Saya hanya boleh minum air masak sejuk sahaja. Itupun pada kuantiti yang sedikit. Jika segelas pasti saya akan termuntah. Malah pada awal kandungan saya juga ada minum air bergas. Apa akan jadi pada kandungan jika minum air bergas ? Saya baru terbaca yang ibu mengandung tidak baik minum air bergas. Jika tidak keberatan boleh pagi saya petua mcmmana nak hilangkan rasa loya dan menaikan selera makan ? Saya juga mengalami masalah sukar lelapkan mata pada waktu malam.

    Reply
  28. kandungan saya sekarang sudah 5 bulan, skrg sy mengalami masalah ‘brownish’ @ coklat2 pada kemaluan sy…rase tak selesa dan rsau..ada masalah ke pada uri @ bayi dalam kandungan saya?jika pd kandungan 5 bulan sekiranya uri bawah..adakah boleh berubah? tetapi bayi dlm kandungan sy sentiasa aktif n menendang2….apakah masalah sy? adakah brownish itu membahayakan?

    Reply
  29. alhamdulillah kandungan saya berusia 10minggu,tp sy pelik bila lepas makan mesti rasa loya tp xpulak muntah…loya membuatkan diri xselesa apabila berada di luar rumah..macam mana nak atasi loya tu ye,n lg satu sy sering lupa mkn vitamin yg diberikan doktr…adakah kandungan sy xd ap2 masalah?

    Reply
  30. skrg kandungan saya dah berusia 4bulan….tp smpai skrang prot saya tak nmpak besar…
    adakah kerana faktor bdn saya besar smpai tak nmpk prot nie membesar…
    tapi saya gmbira lah tgok prot org yg mgandung..saya nak mcm tue….

    Reply
  31. salam,alhamdulillah skrg kndgan sy dh msk 6bln anak yg ke2.segala alahan xseteruk mcm anak ptama.cuma kali ni bdn cpt pnt dan perut asyik mgeras.

    Reply
  32. salam 2012….tahniah buat semua yg sedang membawa nikmat allah selepas kahwin..namun saya belum bernasib baik utk menerima berita gembira begitu..walau sudah lama masok alam pernikahan bersama insan tercinta..belum lagi di berikan rezeki untuk menjadi ibu…doa kan saya agar cepat mengandung seperti anda semua…aminnnnn

    Reply
  33. assalamualaikum, sy nk tnya lh, sy mengandung dh msuk 2 bln, ank yg pertama. masalah sy ialah sy x ader selera nk mkn terutamanya nasi mmg x blh msuk, adakah ini mberi effect kpd kandungan sy, sy tgk org lain yg mengandung semuanya berselera nk mkn, sy plk lain.

    Reply
  34. i husband:my wife pretnant masuk 6 bulan.badan sakit-sakit sampai bengkak di belakang badan,adakah disebabkan bayi semakin membesar atau di sebabkan faktor lain.adakah perkara begini selalu berlaku terhadap wanita ketika mengandung???

    Reply
  35. alhamdullillah…sy baru pregnant anak pertama…suka sangat2…tp alahan teruk jugak sampai x larat nak muntah.pening n loya slalu..sensitif bau…dan paling pelik saya anti ayam.segala jenis masakan ayam…dulu sy la paling suka mkn ayam….

    Reply
  36. sy bru pregnant 5mnggu lbh k msuk 6mnggu….awl kndungan sy,mempunyai selera makan…..tp skarg selera makan pun kurang….selalu letih,pening rase mual dan loya2…..

    Reply
  37. assalamualikum…
    sy hamil 8 mggu…mulut pahit sepanjang masa.tambahan muntah2..ada x petua untuk hilangkan pahit di mulut…setiap malam sy perlu tidur bersebelahan tong sampah untuk meludah…sekian..

    Reply
  38. alhamdulilah sy dah pregnant 9 minggu,ini kandungan pertama saya. saya x ada ape2 alahan cuma sekarang saya rasa sakit2 dibawah perut sebelah kiri….adakah itu normal??

    Reply
  39. saya sdg hamil anak ke-3 bru 7 mggu…anak yg 1st meninggal dlm kandungan sbb lemas…anak yg 2nd,alhamdulillah kini dh brumur 5 tahun. masalah saya skrg,saya bru buat scan dan doktor beritahu saiz kantung rahim nampak lebih besar drpd usia janin saya..doktor suspek kmungkinan saya ada kencing manis @ kebetulan shj…saya belum buat ujian darah lg…tp saya tidak mmpunyai sejarah keluarga yg mengidap kencing manis dan juga saiz badan saya pun kecil.adakah saya berisiko mengidap penyakit itu secara tiba2 ketika mengandung?

    Reply
  40. Sy pregnant anak kedua.ni nak masuk 14 minggu.sy mengalami keputihan dan gatal.apa perlu sy buat ye? sgt2 tak selesa.tq

    Reply
  41. Sy dah kahwin 17 thn tapi sampaikan skg sy masih lg x dikuniakan zuriat. Apakah ini Dugaan Buat ku Dan Suami ku. Tapi aku Dan Suami tetap Bahagia walau pun x dikuniakan kan anak.

    Reply
  42. Assalamualaikum , alhamdulillah saya dah preagnant 6 minggu dan ini anak pertama. Saya selalu sakit perut bahagian kiri , sakit belakang , berakt

    Reply
  43. Assalamualaikum , alhamdulillah saya dah preagnant 6 minggu dan ini anak pertama. Saya selalu sakit perut bahagian kiri , sakit belakang , sembelit , dan makan tak lalu. Adakah ini normal?

    Reply

Leave a Comment