Ishak

Nama lain: Isaac

Nabi Ishak adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan’an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji.

Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya’kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis di daerah Palestin.